Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

41) ISU PEMBINAAN HOSTEL DI KAWASAN RUMAH KEDIAMAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kegiatan mengubahsuai kediaman untuk dijadikan hostel di kawasan perumahan semakin kerap terjadi. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memantau isu ini dan apakah tindakan efektif yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap pemilik rumah bagi membanteras isu ini?

    1. Bagi mengatasi dan mengawal aktiviti pengubahsuaian rumah teres kepada asrama, beberapa tindakan tindakan pengawalan dan penguatkuasaan dilakukan oleh PBT berdasarkan maklumat awam dan tindakan diambil di bawah :
    2. Seksyen 70(13), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) sekiranya melibatkan pengubahsuaian bangunan tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu dari PBT;
    3. Seksyen 86(a), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) juga boleh diambil juga boleh diambil sekiranya aktiviti atau keadaan sesuaitu premis itu mewujudkan kacau ganggu, mendatangkan bencana atau bahaya kepada kesihatan awam; dan
    • Seksyen 79, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang sekiranya melibatkan aktiviti rumah penuh sesak iaitu kepadatan jumlah penghuni melebihi had yang dibenarkan di dalam sesuatu rumah kediaman itu.

    Tindakan penguatkuasaan akan diambil ke atas sebarang binaan yang tidak mengikut garispanduan kediaman dalam erti kata lain, binaan hostel yang tidak bercirikan rumah kediaman sekiranya didapati tidak mendapatkan kelulusan daripada pihak majlis terlebih dahulu. Ini termaktub dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dibawah seksyen 70(12) – Binaan tanpa kebenaran yang ada perubahan kegunaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.