Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

33) ISU PEMBINAAN PERPUSTAKAAN AWAM DI DAERAH SEPANG

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Setakat ini apakah status projek pembinaan perpustakaan awam di Daerah Sepang?

    Status projek pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang memerlukan semakan semula disebabkan 4 lot kedai berkeluasan 25,696 kaki persegi yang dicadangkan tidak bersesuaian sebagaimana Laporan Teknikal JKR ketika lawatan tapak pada 9 September 2016. Di antara isu yang dibangkitkan ialah:

    1. Bebanan dan rekabentuk tidak bersesuaian untuk tujuan perpustakaan
    2. Tiada ruang untuk sub station TNB dan memerlukan kerja pecah bagi pemasangan kabel elektrik, ICT dan telefon
    3. Ketiadaan ruang yang bersesuian bagi keperluan bomba seperti hose reel dan pam air
    4. Aras siling yang terhad menyebabkan pencahayaan lampu yang kurang optimum dan kipas siling tidak boleh dipasang.

    Oleh itu, Perpustakaan dipinta untuk membentangkan di dalam MTES cadangan Perpustakaan Daerah Sepang dengan mencari lot yang bersesuaian atau pembinaan bangunan baru di atas tanah berkeluasan 7 ekar PT:4136, H.S.(D):

    42193 Mukim Dengkel sebagaimana yang telah diperuntukkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.