Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

25) ISU PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah statistik tapak pelupusan sampah haram di seluruh Selangor di antara tahun 2015 sehingga kini?

    Jumlah tapak pelupusan sampah haram di Negeri Selangor Negeri Selangor adalah sebanyak 152 tapak. Kesemua tapak pelupusan sampah haram ini telah diambil tindakan pemantaun oleh PBT termasuk tindakan penutupan, pembersihan, perobohan struktur binaan, sitaan alatan jentera dan proses pencarian pemilik tanah. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut:-

    BIL. PBT Bilangan Tapak Tindakan
    1. MPSJ 49 37 tapak telah ditutup

    12 tapak dalam pemantauan

     

    2. MPSp 30 Kesemua tapak dalam pemantauan

    Jentera dan peralatan diambil tindakan sitaan

     

    BIL. PBT Bilangan Tapak Tindakan
    3. MBSA 20 5 tapak laluan ditutup (tidak aktif)

    4 tapak proses mencari pemilik tanah

    3 tapak telah dibersihkan

    3 tapak telah ditutup

    1 tapak dalam proses pendakwaan

    3 tapak dalam tindakan Operasi Bersepadu

    1 tapak telah diambil tindakan roboh struktur binaan

    4. MPS 19 7 tapak telah ditutup

    5 tapak dalam tindakan di mahkamah oleh pihak Pejabat Tanah Daerah Gombak

    2 tapak dalam proses pemulihan oleh pemilik tapak sampah haram

    5 tapak dalam proses carian hak milik mengenai status tanah

     

    5. MPKj 18 11 tapak telah ditutup laluan (tidak aktif)

    7 tapak dalam tindakan penutupan

     

    6. MPK 10 6 tapak telah ditutup

    4 tapakdalam tindakan pemantauan

     

    7. MDKS 6 Kesemua tapak dalam tindakan pemantauan

     

    8. MDKL Tiada Tiada tapak sampah haram.

    Tetapi sebanyak 10 tapak adalah sampah longgok yang dibuang di tepi rezab jalan dan sungai.

    Kini dalam proses pembersihan.

     

    9. MDHS Tiada Tiada tapak sampah haram.

    Tetapi sebanyak 48 tapak adalah sampah longgok yang dibuang di tepi rezab jalan.

    Tindakan pembersihan secara in-house.

     

    10. MBPJ Tiada
    11. MPAJ Tiada
    12. MDSB Tiada

    *Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

     

    Usaha Kerajaan Negeri dalam menangani masalah tapak pembuangan sampah haram adalah seperti:-

     

    • Memperkenalkan Standard Operation Procedure (SOP) melalui Arahan Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Selangor (PTGS) Bil.1/2019 SOP Tindakan Penguatkuasaan Secara Bersepadu Bagi Menangani Tapak Pelupusan Dan Pembuangan Sampah Haram Di Negeri Selangor bagi menyeragamkan tindakan dan panduan kepada semua pegawai dan kakitangan unit atau bahagian penguatkuasaan di Pejabat Tanah Daerah (PTD) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

     

    • bermula belanjawan tahun 2017, Kerajaan Negeri telah bersetuju agar penyaluran peruntukan dilaksanakan kepada PBT yang berpendapatan rendah bagi membantu kerja-kerja kutipan sampah di kawasam kampung tradisi;

     

    • PBT turut memberikan perkhidmatan kutipan sampah di kawasan kampung secara berjadual melalui syarikat kutipan yang dilantik atau melalui syarikat pengurusan sisa pepejal yang dilantik seperti syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM).

     

    • Pihak Kerajaan Negeri juga sedang melihat keperluan pengurusan kutipan sampah domestik di premis perindustrian, perhotelan dan pusat membeli diambil alih oleh PBT atau PMC berikutan premis tersebut telah melantik kontraktor sendiri.

     

     

    Bagi isu pembuangan sisa kimia haram, jumlah tapak sisa kimia haram yang dikenalpasti di seluruh Negeri Selangor setakat Mei 2019 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah berjumlah 1,298 tapak. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:-

     

    Bil. Daerah Bilangan Tapak
    1. Kelang 302
    2. Hulu Selangor 270
    3. Petaling 220
    4. Kuala Selangor 136
    5. Hulu Langat 122
    6. Gombak 114
    7. Sepang 64
    8. Sabak Bernam 56
    9. Kuala Langat 13
      JUMLAH 1298

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

                            *Sumber: MESTECC

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, pemantauan dan kawalan bahan kimia dari industri adalah di bawah seliaan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Susulan daripada pencemaran yang berlaku di selatan tanah air baru-baru ini, satu Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Bahan Buangan Terjadual Kebangsaan ditubuhkan di peringkat kebangsaan dan diterajui oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (MESTECC). Sehubungan dengan itu, bagi langkah pemantauan dan pencegahan:-

    • Maklumat berkaitan penjanaan dan pengurusan bahan buangan terjadual di bawah JAS hendaklah dikongsikan dengan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan berkaitan seperti KPKT;
    • Data cerapan lokasi pelupusan bahan buangan dan lokasi hotspot oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) dikemukakan kepada semua Kerajaan Negeri;
    • Kerajaan Negeri melalui agensi berkaitan seperti JAS Negeri Selangor hendaklah menjalankan pemeriksaan dan pemantauan agar buangan yang dijana dilupuskan dengan sewajarnya bagi mengelakkan insiden pencemaran alam sekitar; dan
    • PBT juga merekodkan aktiviti perniagaan yang dijalankan semasa proses permohonan lesen dikemukakan dan memastikan kelulusan JAS diberikan terlebih dahulu bagi aktiviti-aktiviti perniagaan yang berisiko tinggi; dan
    • PBT juga mengadakan lawatan berkala ke premis-premis bagi memantau aktiviti industri yang dijalankan oleh pengusaha bagi memastikan tiada pelanggaran syarat lesen.

Lampiran

Tiada Lampiran.