Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

277) ISU PEMILIKAN TANAH KAMPUNG SERI TANJUNG MUKIM DENGKIL, DAERAH SEPANG, SELANGOR.

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pemilikan tanah terhadap keluarga yang telah lama menetap di Kampung Sri Tanjung Mukim Dengkil?

    Untuk makluman Yang Berhormat Dengkil, Kampung Sri Tanjung (Tanah Rizab Melayu) seluas lebih kurang 80 ekar telah dipohon bagi tujuan pertanian oleh para peneroka. Sebanyak 36 hak milik telah dikeluarkan susulan kelulusan MMKN Bil.3/2004 pada 20 Januari 2004 manakala 45 hakmilik dikeluarkan kepada peneroka yang telah mengusahakan tanah sebelum 2008 dan masih lagi mengusahakan sehingga kini berdasarkan kelulusan MMKN Bil.17/2017 pada 24 Mei 2017. Sebanyak 13 pemohon juga telah ditolak oleh MMKN Bil. 17/2017 atas sebab bukan peneroka asal, permohonan bertindih, tiada usaha di atas tanah, tanah hakmilik, dan lain-lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.