Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

5) ISU PENCEMARAN AIR SUNGAI DAN GANGGUAN BEKALAN AIR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah penjelasan kerajaan terhadap kegagalan mengesan punca dan kejadian pencemaran air sungai apabila kejadian ini telah berlaku berulang kali dan begitu kerap seolah-olah kerajaan tidak pernah belajar daripada kesilapan dan kecuaiannya sendiri?

    Setiap kali berlakunya kes kecemasan pencemaran sumber air, JawatankuasaKecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor yang diurusetia oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan dianggotai oleh pelbagai agensi dengan kadar segera akan menyiasat di tempat kejadian dan mengenal pasti punca pencemaran. Setiap agensi teknikal akan mengambil tindakan dan langkah penyelesaian yang sewajarnya berdasarkan bidang kuasa masing-masing bagi menyelesaikan pencemaran yang berlaku.

    • Antaranya arahan serta merta di tapak mengarahkan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan pembaikpulihan segera sehingga masalah pencemaran
    • Tindakan perundangan yang lebih tegas seperti penyitaan, tawaran kompaun dan pendakwaan turut diambil bagi memastikan isu pencemaran tidak berulang.

    Namun terdapat beberapa kekangan dan cabaran yang dihadapi jawatankuasa ketika menjalankan siasatan dan menyelesaikan isu, antaranya pencemaran berlaku pada jangka masa yang singkat dan berlaku pada lewat petang atau malam yang menyukarkan pengenalpastian punca pencemaran.

    Gangguan operasi Loji Pembersihan Air (LPA) Sungai Semenyih yang disebabkan oleh perlanggaran parameter Mangan ini juga merupakan isu baru dan kali pertama dihadapi. Kekurangan sumber rujukan antara kekangan yang dihadapi dalam mengenal pasti punca pencemaran.

    Justeru, pemantauan dan siasatan berkala akan terus dijalankan bagi memastikan sumber air dipelihara daripada pelbagai aktivit yang memberikan kesan negatif kepada kuantiti dan kualitinya.

    Penguatkuasaan kuasa perundangan yang diperuntukkan dilaksanakan dalam penjagaan sumber air, antaranya :

    • pelesenan Kemasukan   Atau    Pelepasan   Bahan   Pencemar (Negeri Selangor) 2012,
    • pemberian Kebenaran Bertulis bagi Aktiviti Pengubahan Sumber, semua aktiviti yang dijalankan melibatkan badan air, dan
    • pengeluaran Notis Pemberitahuan Kesalahan, Kompaun dan pendakwaan bagi setiap kesalahan yang berkaitan dengan sumber air.

    Dalam pada itu, usaha penjagaan dan pemuliharaan sumber air dipantau dan dikuatkuasakan melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan :

    • Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai,
    • Pasukan Petugas Lembangan Sungai, dan

    Selain itu, beberapa program sedang dilaksanakan, antaranya :

    • Mewartakan kawasan rizab sungai sebagai zon perlindungan bagi tujuan kawalan fizikal dan kualiti air sungai.
    • Menyediakan daftar   sumber    air   Negeri   untuk   tujuan   kawalan dan penguatkuasaan;
    • Kajian semula inventori pemetaan pencemaran dengan penganalisaan risiko tahap pencemaran dan menetapkan syarat yang lebih ketat; dan
    • Pembangunan Decision Support System,(DSS)bagi pengurusan Lembangan Sungai Selangor secara holistik.

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    • Pelesenan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012

    melibatkan 7 Aktivti Berjadual iaitu akuakultur udang laut, akuakultur air tawar, kawasan pembangunan atau kerja tanah, penternakan selain babi, penternakan babi, haiwan kesayangan dan pencucian pasir/kuari.

    • Pengeluaran Notis Pemberitahuan Kesalahan, Kompaun dan Pendakwaan.

    Untuk kes pencemaran minyak Sungai Selangor yang berlaku pada Ogos 2013, pendakwaan telah dibuat dan kini kes Selangor tersebut sedang dalam peringkat perbicaraan di Mahkamah Shah Alam.

     

    • Pewartaan kawasan rizab sungai sebagai zon

    Tiada aktiviti berisiko tinggi yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran air sungai dibenarkan di kawasan rizab sungai yang telah diwartakan. Sungai Selangor telah pun diwartakan. Sungai Langat, Sungai Semenyih dan anak-anak sungai lain sedang dalam tindakan pewartaan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Selangor;

     

    • Pembangunan Decision Support System, (DSS)

    pelepasan air empangan akan dilaksanakan secara optima dengan mengambilkira keadaan semasa aliran sungai dan juga ramalan hujan di kawasan tadahan. Pembangunan DSS ini juga akan direplikasi kepada lembangan lain secara berfasa.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.