Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

125) ISU Pencemaran Air Sungai Dan Gangguan Bekalan Air

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan dapat menambah baik sistem penguatkuasa untuk mengawalselia kerja kerja yang berkaitan pada zon penampan/takungan sumber air yang boleh mengakibatkan pencemaran akibat sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab ini?

    Ya, Kerajaan Negeri melalui LUAS giat menjalankan pemantauan melalui Ops Sumber Air bermula pada Mac 2020 sehingga kini bagi memastikan sungai utama dan anak-anak sungai berada di negeri Selangor di dalam keadaan baik dan selamat untuk dirawat.

    Pasukan pemantau menjalankan tindakan pemantauan bersifat proaktif di kawasan-kawasan sumber air mengikut lembangan sungai yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran. Tindakbalas yang pantas dari pasukan pemantauan dapat membendung kegiatan pencemaran berlaku dengan menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis, pemeriksaan syarat-syarat umum dan khusus lesen lembaga serta rondaan yang berdekatan di sekitar kawasan-kawasan penting. (Loji Rawatan Air).

    Pada masa yang sama juga, pasukan pemantau juga akan segera ke lokasi pencemaran bagi menyiasat punca-punca pencemaran berlaku dan tindakan pantas mengawal pencemaran agar kualiti dan kuantiti pencemaran air sungai terus ke loji rawatan air dapat diminimakan dan seterusnya diatasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.