Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

90) ISU PENCEMARAN DAN PROJEK KITAR SEMULA DAN PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Punca-punca pencemaran alam sekitar di Negeri Selangor.

    Punca-punca pencemaran di Negeri Selangor boleh dibahagikan kepada 3 jenis
    pencemaran utama ialah pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran tanah.
    Pencemaran udara adalah berpunca dari aktiviti pembakaran terbuka, pelepasan asap
    daripada aktiviti perindustrian dan pelepasan dari kenderaan bermotor. Pencemaran air
    pula berpunca dari pelepasan air larian daripada aktiviti kerja tanah dan kerja-kerja
    pengorekkan pasir, pelepasan kumbahan domestik dan pelepasan effluen daripada
    sektor pengkilangan. Pencemaran tanah pula melibatkan tapak-tapak pelupusan sisa
    pepejal dan tapak pelupusan sisa buangan terjadual secara haram.

Lampiran

Tiada Lampiran.