Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

200) ISU PENDUDUK DI BUKIT DAMAR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapa pihak Majlis Perbandaran Sepang tidak dapat menyelesaikan isu jalan sambungan kekawasan ini daripada Cyberjaya?

    Pihak Majlis Perbandaran Sepang telah menyediakan Pelan Induk Infrastruktur Bukit Damar yang melibatkan keluasan 1,013.03 Ekar yang akan diaplikasikan / dilaksanakan melalui kelulusan pelan pembangunan di kawasan lot tersebut. Rangkaian jalan – jalan tersebut akan bersambung ke jalan utama iaitu jalan sambungan Persiaran Selatan ke ELITE Highway yang mana pihak Kementerian Kerja Raya telah mengarahkan pembinaan jalan tersebut kepada pihak GAMUDA SDN BHD, di bahagian utara. Manakala di bahagian selatan pula, rangkaian jalan – jalan tersebut akan bersambung ke jalan utama ke Cyber

Lampiran

Tiada Lampiran.