Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

144) ISU PENGAMBILAN TANAH SIMPANAN HUTAN MELIBATKAN PROJEK LEBUHRAYA SUNGAI BESI ULU KELANG (SUKE)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pembinaan Lebuhraya SUKE akan menggunakan sebahagian tanah Hutan Simpan Sungai Puteh Utara dan Selatan, Cheras, Selangor?

    Dalam melaksanakan pembinaan projek lebuhraya SUKE ini, terdapat dua (2) kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang terlibat di negeri Selangor. Hutan simpanan kekal ini terletak di bawah Pentadbiran Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah. Berikut adalah jadual hutan simpanan kekal yang terlibat dalam projek lebuhraya SUKE:

    Bil. Hutan Simpanan Kekal Luas Keseluruhan Luas Yang Terlibat
    1. Hutan Simpan Bukit Sungei Putih Selatan 34.77 ha 21.33 ha
    2. Hutan Simpan Bukit Sungei Putih Utara 61.18 ha 4.68 ha
    JUMLAH 95.95 ha 26.01 ha

    Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke-3/2016 yang bersidang pada 20 Januari 2016 dan telah disahkan oleh MMKN Ke-4/2016 pada 27 Januari 2016 telah memutuskan supaya:

    1. pihak SUKE memastikan proses pemansuhan keluar kawasan Hutan Simpanan Kekal dijalankan serentak dengan pewartaan kawasan penggantian untuk Hutan Simpanan Kekal dengan anggaran keluasan yang setara atau lebih dari kawasan yang dipohon. Kawasan tersebut mestilah berhutan dan dipersetujui oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor selaras dengan Seksyen 12, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.
    2. pihak SUKE menggantikan bangunan Pejabat Hutan Daerah dan dua (2) buah rumah pegawai, lapan (8) buah rumah pekerja, sebuah stor besar, dua (2) buah stor kecil, landscape dan lain infrastruktur yang terlibat dengan pembinaan baharu di satu kawasan yang akan ditetapkan oleh pihak Jabatan Perhutanan sendiri.

    Pada masa ini, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dalam proses penyiasatan awam sebelum kawasan Hutan Simpanan Kekal yang terlibat dengan projek Lebuhraya SUKE dikeluarkan daripada Hutan Simpanan Kekal.

Lampiran

Tiada Lampiran.