Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

124) ISU PENGANGGURAN BELIA SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai data golongan belia yang mengganggur di Selangor? Berikan pecahan mengikut jantina dan lokasi PBT

    Statistik kadar pengangguran golongan belia diperolehi daripada Penyiasatan Tenaga Buruh (PTB) yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dengan merujuk kepada penduduk yang berumur 15 hingga 64 tahun semasa minggu rujukan.

    Berdasarkan maklumat tersebut,bilangan penganggur keseluruhan dan belia di Malaysia dan negeri Selangor bagi tahun 2015 dan 2016 adalah seperti Jadual 1, manakala kadar pengangguran belia di Malaysia dan negeri Selangor mengikut jantina dan strata  bagi tahun 2015 dan 2016 seperti Jadual 2. Tiada maklumat data kadar pengangguran spesifik mengikut pecahan lokasi PBT atau daerah.

Lampiran

Tiada Lampiran.