Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

91) ISU Peniaga Pasar Baru Selayang Baru

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Peniaga pasar baru Selayang Baru memohon supaya caj parkir di kawasan tersebut dimansuhkan. Apakah tindakan kerajaan negeri bagi menangani masalah ini?

    Pembangunan Pasar Selayang Baru merupakan salah satu pulangan kepada Kerajaan Negeri menerusi projek penswastaan yang dimetrai di antara Kerajaan Negeri Selangor dan tetuan Azam Azan Sdn Bhd (AASB) menerusi Perjanjian Penswastaan bertarikh 18 Ogos 1998. Bangunan pasar Selayang Baru ini merangkumi dua (2) aras ruang perniagaan basah dan kering. Manakala,empat (4) aras di atas (termasukrooftop) adalah merupakan ruang parkir yang diuruskan oleh pihak AASB sepanjang tempoh konsesi selama 30 tahun.

    Selain dari pada perihal pengurusan ruang parkir oleh AASB sepanjang tempoh konsesi tersebut, perjanjian turut menyatakan hak pihak AASB untuk mengenakan caj parker kepada pengunjung yang meletak kenderaan di ruangan tersebut.Oleh yang demikian,selaras dengan semangat perjanjian penswastaan yang dipersetujui bersama AASB, pihak AASB mempunyai hak bagi menentukan kadar caj parkir yang bersesuaian bagi premis tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.