Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

35) ISU PENYALAHGUNAAN DADAH DAN HIV

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cara atau perancangan kerajaan negeri mengatasi masalah negara dalam menangani isu penyalahgunaan dadah dan HIV terutama di kalangan belia?

    Mengikut Statistik Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Selangor hampir 70% kes yang terlibat dengan penagihan adalah terdiri daripada golongan belia yang berumur di antara 16 tahun hingga 39 tahun.
    Mengikut perangkaanstatistik pada tahun 2006 seramai 1410 orang dikesan dan pada tahun 2007 seramai 1092 orang. Ini menunjukkanjumlah kes di kalangan golongan belia adalah menurun sebanyak 318 kes. Penurunan ini adalah disebabkan oleh beberapa strategi dan pelaksanaan yang telah diambil oleh pihak Agensi Antidadah Kebangsaan negeri Selangor dalam menangani isu permasalahan dadah di kalangan golongan belia.
    Pelbagai program dan tindakan yang dirancang oleh AADK menarik perhatian dan minat golongan belia untuk turut serta melibatkan diri contohnya di dalam program seperti Program Rakan Antidadah, Gerak Gempur Dadah, Karnival Antidadah, Program Belia Bersama keluarga dan pelbagai program lain yang memberi manfaat kepada golongan belia.
    Usaha AADK dalam meningkatkandan memperbanyakkan Program Gaya Hidup Sihat dan Penyalahgunaan Dadah yang boleh menghalang golongan belia melibatkan diri dalam penyalahgunaandadah selain isu-isu permasalahan yang berkaitan dengan masalah dadah seperti jangkitan HIV di kalangan belia dapat ditingkatkan melalui kerjasama Jabatan Kesihatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.