Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

22) ISU PENYELENGGARAAN JALAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri terhadap jalan Ð jalan utama di Bandaraya Shah Alam yang berlubang dan tidak rata?

    Tahap jangka hayat jalan bergantung pada jumlah bebanan kenderaan, reka bentuk
    asas / permukaan jalan, cara pembinaan dan cuaca / alam sekitar. Jumlah panjang jalan
    di MBSA adalah 1604 km. Senarai keutamaan jalan adalah bermula daripada jalan-jalan
    protokol / utama (primary), jalan utama kawasan (secondary) dan jalan hadapan rumah
    (tertiary). Dalam menyelenggara jalan, pihak MBSA memberi keutamaan kepada jalanjalan utama / protokol. Turapan semula dibuat apabila jumlah kerosakan di jalan
    tersebut melebihi 40 % daripada jumlah keseluruhan permukaan, sementara
    penampalan lubang dibuat sekiranya kurang 40% daripada jumlah keseluruhan
    permukaan. Untuk tahun 2010, jumlah kerja-kerja pembaikan jalan adalah seperti
    berikut :
    Peruntukan MBSA : RM1,400,000.00
    Peruntukan MARRIS : RM4,500,000.00 (jalan)
    RM1,000,000.00 (saliran)
    Pihak MBSA dalam peringkat menjalankan kerja-kerja (peruntukan MBSA) dan
    peringkat mengeluarkan sebut harga (peruntukan MARRIS).

Lampiran

Tiada Lampiran.