Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

93) ISU PENYELESAIAN PENEROKA BANDAR DI JALAN PAPAN, PANDAMARAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sudahkah senarai 181 penama peneroka bandar Jalan Papan yang telah dimuktamadkan dalam mesyuarat pada 23/6/2016 diendorskan oleh MMKN?

    Senarai 181 penama peneroka bandar Jalan Papan Pandamaran telah dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 22 Februari 2018 untuk mengesahkan senarai nama dan memuktamadkan peneroka asal yang masih di tapak.

Lampiran

Tiada Lampiran.