Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

257) ISU PERGADUHAN KAUM MELIBATKAN KAUM ROHINGYA DAN RAKYAT TEMPATAN DI TASEK PERMAI

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan dalam menangani isu-isu sosial akibat kepadatan warga asing di sesuatu kawasan seperti pergaduhan kaum melibatkan kaum rohingya dan rakyat tempatan yang berlaku di Tasek Permai?

    Untuk makluman, Taman Tasek Permai merupakan sebuah kawasan penempatan di kawasan Ampang dan kawasan tersebut terdapat lebih kurang 100 keluarga Etnik Rohngya menetap di kawasan berkenaan. Sumber pendaptan utama keluarga / kaum Rohingya di kawasan tersebut adalah seperti pekerja kontrak, pekerja kedai makan, mencari dan menjual barang lusuh dan juga pekerja buruh kasar.

    Hasil semakan ke atas beberapa siri tangkapan yang telah dibuat oleh pihak PDRM melibatkan Etnik Rohingya di kawasan berkenaan mendapati kebanyakan di antara mereka mempunyai kad UNHCR. Berdasarkan statistic PDRM, di antara kes-kes jenayah yang dilakukan oleh kaum Rohingya di kawasan tersebut adalah seperti berikut:

    Bil. Jenis Kesalahan Tahun 2019 Tahun 2020 (Jan-Jun)
    1. Pecah rumah (1) kes (18) tangkapan (1) kes (5) tangkapan
    2. Curi kenderaan (3) kes (3) tangkapan (4) kes (5) tangkapan
    3. Lain-lain curi (2) kes (2) tangkapan (3) kes (1) tangkapan
    4. Lain-lain kesalahan jenayah (14) kes (54) tangkapan (27) kes (65) tangkapan

    Sepanjang pemantauan pihak PDRM, kes menarik melibatkan Etnik Rohingya adalah kes pergaduhan (ugutan) melibatkan kaum Rohingya dengan warganegara tempatan (Melayu) di kawasan Taman Tasek Permai. Kejadian berlaku pada 7 Mei 2020 melibatkan sebuah NGO (Kaum Rohingya – Myanmar Muslim Refugee Community) telah selisih faham mengenai pembahagian bantuan makanan semasa tempoh “Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” dengan penduduk tempatan kaum Rohingya (warganegara).

    Punca kejadian adalah disebabkan penduduk tempatan kaum Rohingya (warganegara) tidak berpuas hati dengan NGO berkenaan mengenai pembahagian bantuan makanan yang mana NGO tersebut mengenakan bayaran sebanyak RM10 – RM25 kepada kaum Rohingya yang bukan beragama Islam manakala bagi beragama Islam tiada bayaran dikenakan. Ekoran daripada kejadian tersebut, pihak polis telah berjaya menahan seramai (1)(L) Melayu kaum Rohingya warganegara Malaysia dan (3)(L) Rohingya pemegang kad UNHCR yang terlibat serta telah dituduh di Mahkamah.

    Sehingga kini tiada pergaduhan serius melibatkan kaum Rohingya dengan penduduk tempatan di kawasan berkenaan ataupun sekitarnya dilaporkan kepada pihak PDRM. Walaubagaimanapun pemantauan berterusan oleh pihak PDRM akan dibuat secara berkala dan berterusan di kawasan berkenaan dan sekitarnya bagi mengelakkan sebarang kes-kes jenayah berlaku.

    Antara perancangan kerajaan dalam menangani isu-isu social akibat kepadatan warga asing disesuatu kawasan adalah seperti berikut :-

    i) Meningkatkan operasi Ops Cantas dengan melakukan pemeriksaan ke atas individu yang dikenalpasti menjadi dominan dalam komuniti.

    ii) Meningkatkan pengumpulan maklumat risikan ke atas aktiviti kaum pelarian Rohingya di kawasan yang dikenalpasti.

    iii) Memastikan setiap kertas siasatan yang dibuka berjaya dituduh di mahkamah selain di bawah tindakan Akta Imigresen.

Lampiran

Tiada Lampiran.