Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

188) ISU PEROBOHAN RUMAH

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini isu perobohan rumah di Kampung Sungai Kedondong Paya Jaras?

    Tindakan penguatkuasaan di Sungai Kedondong Kampung Paya Jaras adalah kerana adanya struktur binaan di atas tanah kerajaan rizab sungai. Tanah tersebut terlibat dengan pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedondong. Sebanyak 95 buah struktur yang terlibat dengan tindakan penguatkuasaan iaitu 85 buah bangunan kediaman dan 10 buah adalah lain-lain binaan seperti kedai runcit, bengkel dan garaj.

    Tindakan penguatkuasaan dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama iaitu Plot C dan D sebanyak 45 buah struktur binaan telah selesai dibuat tindakan penguatkuasaan pada 18 September 2019 dan 10 Oktober 2019.

    Fasa kedua iaitu Plot A dan B sebanyak 50 buah struktur binaan masih belum dibuat tindakan penguatkuasaan. Kerajaan Negeri telah bersetuju menangguhkan tindakan penguatkuasaan bagi Plot A dan B sehingga 1 Disember 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.