Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

289) ISU PERPADUAN ANTARA KAUM

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Isu Perpaduan antara kaum di Malaysia masih memerlukan penambahbaikan. Apakah langkah Negeri Selangor supaya misi Perpaduan antara kaum dapat disempurnakan?

    Usaha-usaha yang dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi menyempurnakan misi perpaduan antara kaum adalah dengan menganjurkan Program Perayaan bagi setiap agama secara terbuka bagi membolehkan semua masyarakat di Negeri Selangor dapat bersama-sama merasai dan memahami budaya agama yang lain. Ini akan meningkatkan rasa hormat menghormati antara kaum kerana masing- masing mempunyai cara tersendiri untuk menyambut hari kebesaran masing- masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.