Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

24) ISU PERUMAHAN DAN WABAK DENGGI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan sedar bahawa wabak denggi banyak dilapurkan berlaku dikawasan apartment atau taman-taman perumahan bukan dikawasan-kawasan kampung?

    Kerajaan Negeri amat sedar bahawa kes denggi banyak dilaporkan berlaku di kawasan apartmen atau taman-taman perumahan memandangkan kawasan rumah bertingkat mempunyai kepadatan penduduk yang lebih tinggi berbanding dengan kawasan kampung. Merujuk kepada senarai lokaliti hotspot bagi  minggu epid ke 29 (minggu berakhir 23 Julai 2016),  pecahan mengikut jenis kediaman bagi hotspot di negeri Selangor adalah seperti Jadual 1.

    JENIS KEDIAMAN BILANGAN HOTSPOT PERATUSAN
    BERTINGKAT 39 43.3%
    TAMAN 38 43.2%
    KAMPUNG 8 9.1%
    KAWASAN INDUSTRI 3 3.4%
    JUMLAH 88  

    Jadual 1: kategori kediaman di kawasan hotspot

    Jadual 1 menunjukkan bahawa kawasan rumah bertingkat dan di kawasan taman adalah kawasan yang banyak menyumbang kepada peningkatan kes Denggi negeri Selangor.

    Kerajaan negeri pada Mei 2016 telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM1,186,500 untuk pembersihan sampah pukal oleh Pihak Hebat Abadi Sdn.

    Bhd. bagi Rumah Kos Rendah dan Rumah Kos Sederhana Rendah di kawasan Hotspot. Disamping itu, Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk membekalkan tong sampah sebanyak 1,000 unit yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.0 juta kepada kawasan berstrata yang mempunyai masalah sampah.

    Kawasan-kawasan kampung juga tidak terkecuali sekiranya vector (Nyamuk Aedes) yang terdedah kepada virus Denggi menjangkiti kepada masyarakat kampung. Didapati sikap penduduk yang menyimpan barang-barang lama yang terdedah kepada air hujan salah satu punca tempat pembiakan nyamuk Aedes.

    Apabila berlaku kes di sesuatu kawasan, Penghapusan Tempat Pembiakan (PTP) dan semburan kabus (fogging) akan dijalankan meliputi keseluruhan premis dalam 200m radius. Disamping itu, kempen kesedaran Wabak Denggi akan dijalankan di kawasan-kawasan berlaku wabak serta penerangan kepada penduduk tentang penggunaan abate dan menghapuskan tempat takungan air yang boleh menjadi tempat pembiakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.