Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

320) ISU PKNS-MELATI EHSAN KOMPLEKS SUKAN KELANA JAYA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap usahasama PKNS dan Melati Ehsan Holdings Bhd untuk tanah kompleks sukan Kelana Jaya?

    PKNS melalui PKNS Holdings Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian usahasama dengan Bayu Melati Sdn Bhd pada 28 Januari 2011 untuk memajukan tapak berdasarkan dokumen yang ada dalam simpanan PKNS iaitu sebagai tapak komersial.

    Berdasarkan klausa perjanjian, PKNS tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan projek kerana ini mempunyai implikasi perundangan.

    Walaubagaimanapun PKNS ambil maklum ada pandangan lain yang telah dibangkitkan tentang syarat guna tanah dan PKNS juga telah melalui proses Rayuan.

    Dalam pada itu, Kerajaan Negeri boleh menimbang semula projek ini berdasarkan kepentingan awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.