Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

91) ISU PROJEK PENYELENGGARAAN FLAT PELABUHAN KLANG

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek penyelenggaraan di flat Taman Kem & flat Taman Permai Indah, Pandamaran Jaya?

    Untuk makluman Yang Berhormat, projek baikpulih di Flat Taman kem dan Flat Taman Permai Indah adalah dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Merujuk kepada maklum balas KPKT, status terkini projek baikpulih tersebut adalah seperti berikut:

     

     

    BIL. PANGSAPURI JENIS KERJA TARIKH MULA STATUS KERJA (SEHINGGA 15 JULAI 2018)
    1. Taman Kem ·      Baiki Bumbung

    ·      Ganti pam/ selenggara tangki air

    10/1/2018 Status kemajuan projek adalah 76%.

     

     

    BIL. PANGSAPURI JENIS KERJA TARIKH MULA JANGKA TARIKH SIAP STATUS KERJA (SEHINGGA 15 JULAI 2018)
    1. Taman Kem ·      Pendawaian Elektrik 10/1/2018 2/3/2019 -sama seperti                   di atas-
    2. Permai Indah ·      Baikpulih lif

    ·      Pemasangan sistem AVAS

    21/5/18 16/6/2019 Status kemajuan projek adalah 76%.

Lampiran

Tiada Lampiran.