Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

125) ISU RUMAH PANJANG PJS 1

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembeli Rumah Kos Rendah Blok E, PJS 1, Petaling Jaya?

    Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 9/2018 yang bersidang pada 21hb Mac 2018 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 10/2018 pada 28hb Mac 2018 telah menimbang dan meluluskan syor-syor berikut bagi penyelesaian Projek Pembangunan Rumah Kos Rendah (Blok E) di Tapak Blok F, di Lot 37199, Jalan PJS 1/52, Petaling Utama, PJS 1, Petaling Jaya oleh Tetuan Peter’s Brickworks Sdn Bhd iaitu :-

    • Meluluskan secara dasar pemberimilikan tanah kerajaan Lot 32458 dan sebahagian Lot 3209 dengan bayaran premium pada kadar nominal dan Lot 32478 dengan bayaran premium mengikut kaedah Tanah Selangor (KTS) kepada Tetuan Peter’s Brickworks Sdn Bhd. Masing-masing bagi pembinaan Rumah Selangorku Jenis A dan kemudahan Tempat Letak Kereta bagi Rumah Selangorku Jenis D;
    • Bersetuju dengan cadangan balas pemaju untuk meminda pembinaan RUmah Selangorku Jenis D kepada Rumah Harga Bebas berharga RM300,000.00 agar pemaju dapat menampung penyelesaian untuk peneroka dan pembinaan 249 unit Rumah Selangorku Jenis A ;
    • Bersetuju Tetuan Peter’s Brickworks Sdn Bhd. menanggung segala kos pembiayaan bank yang telah dibiayai oleh 249 orang pembeli asal Blok E serta segala kos guaman yang terlibat serta mengambil kira bayaran deposit terdahulu;
    • Bersetuju Tetuan Peter’s Brickworks Sdn. Bhd. menawarkan Rumah Selangorku Jenis A kepada 249 orang pembeli asal dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh kelulusan Lesen Pemaju Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan (APDL). Sekiranya mana-mana pembeli tidak mahu menerima tawaran tersebut, maka penamatan secara “unilateral termination” akan dibuat dan seterusnya baki-baki unit berkenaan akan dibuat tawaran terbuka melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Hartanah (SPPH) Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS);
    • Merobohkan rumah panjang yang dibina di atas tapak sekolah setelah Rumah Selangorku Jenis A siap dibina. Penghuni perlu berpindah keluar sama ada mereka menerima atau menolak tawaran rumah panjang yang dibina oleh Tetuan Peter’s Brickworks Sdn Bhd; dan
    • Bersetuju supaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membenarkan dua (2) tapak perniagaan milik pemaju diproses untuk kelulusan pelan- pelan pembangunan.

    Pada masa ini, pihak Tetuan Peter Brickworks Sdn Bhd sedang dalam peringkat penyediaan pelan-pelan terperinci berkaitan rekabentuk dan permohonan tanah yang terlibat dan menjangkakan akan mengemukakan permohonan kebenaran merancang kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada akhir bulan ogos 2018.

Lampiran

Tiada Lampiran.