Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

79) ISU TRAFIK DI BANDAR KAJANG

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk menaiktaraf Jalan Cheras di Batu 14

    Jalan Cheras Bt. 14, Kajang, adalah jalan dibawah penyelenggaraan pihak JKR. Oleh yang demikian, perancangan naik taraf jalan tersebut boleh dimajukan kepada pihak

     

    Pihak Majlis telah mensyaratkan pemaju-pemaju pembangunan yang secara langsung terlibat menggunakan Jalan Kajang by pass untuk aliran trafik ke  Kuala Lumpur dan Seremban menanggung kos penyelesaian masalah tersebut. Pihak Majlis juga telah mengkoordinasikan mesyuarat bagi penyelesaian masalah lalulintas yang melibatkan aliran trafik keluar masuk ke Kajang ‘by pass’ dengan pemaju-pemaju yang terlibat, agensi teknikal dan perunding trafik. Berdasarkan mesyuarat tersebut, 1 cadangan penyelesaian telah dicadangkan iaitu cadangan persimpangan bertingkat untuk kenderaan membuat pusing balik (elavated u – turn) untuk dilaksanakan menggunakan sumbangan-sumbangan dari pemaju tersebut. Dalam masa terdekat ini, pihak Majlis akan mengadakan mesyuarat susulan untuk mengkaji semula cadangan penyelesaian tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.