Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

239) ISU WANITA BEKERJAYA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status manifesto mewujudkan taska setiap bangunan Kerajaan Selangor? Setakat mana tercapai?

    SEKSYEN SEKTORAL, UPEN

     Kerajaan Negeri Selangor sentiasa peka dan prihatin terhadap kebajikan rakyatnya di Negeri Selangor. Selaras dengan manifesto mewujudkan taska di setiap bangunan Kerajaan Selangor, maka buat masa ini, Pentadbiran Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan nurseri / taska di 12 Jabatan / Agensi termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri (BBN) atas inisiatif masing-masing berdasarkan kedudukan kewangan sedia

     

    Nurseri / taska ini disediakan bagi memudahkan warga kerja menempatkan anak-anak pada hari bekerja dalam tempoh waktu bekerja. Kemudahan ini bukan hanya terhad kepada warga kerja di sesuatu Jabatan / Agensi sahaja, tetapi kemudahan ini turut dipanjangkan kepada warga kerja di Jabatan / Agensi lain yang berhampiran. Berikut adalah senarai 12 jabatan/agensi Kerajaan Negeri yang menyediakan kemudahan nurseri/taska :

     

    • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor;
    • Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ);
    • Majlis Perbandaran Klang (MPK);
    • Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ);
    • Majlis Perbandaran Kajang (MPKj);
    • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA);
    • Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ);
    • Majlis Perbandaran Selayang (MPS);
    • Majlis Perbandaran Kajang (MPKj);
    • Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS);
    • Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS);

     

    • Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS).

     

    Manakala berikut adalah jabatan/agensi yang masih belum dilengkapi dengan nurseri/taska :

     

    • Semua Pejabat Daerah/Tanah;
    • Jabatan Pertanian Negeri Selangor;
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat;
    • Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD);
    • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS);
    • Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS);
    • Jabatan Mufti Negeri Selangor;
    • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPANS);
    • Lembaga Urus Air Selangor (LUAS);
    • Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS); dan
    • Perbadanan Adat Melayu dan Warisan (PADAT)

Lampiran

Tiada Lampiran.