Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

248) ISU WARGA ASING DAN PELARIAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah ada rancangan bagi menguruskan pelarian ini?

    Kerajaan Negeri tidak mempunyai rancangan bagi menguruskan pelarian dari     kalangan warga asing memandangkan ia bukan berada di bawah seliaan         Kerajaan Negeri, sebaliknya di bawah dasar dan kawalan Kerajaan Persekutuan.

    Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf status “Pelarian” memandangkan Malaysia bukan negara ahli kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967. Walau bagaimanapun, atas dasar kemanusiaan, Kerajaan Malaysia membenarkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang memegang Kad UNHCR (United Nations High Commissioner for Refugees) tinggal sementara di negara ini. Dasar Negara mengenai perkara ini adalah menggunakan asas “satu kes ke satu kes” (case by case basis).

    Sehubungan dengan itu, Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan suatu arahan iaitu Arahan No: 23 yang ditandatangani oleh YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengarah Gerakan Negara bertarikh 24 Ogos 2009, berkaitan Mekanisme PATI Yang Memegang Kad UNHCR.

    PATI yang memegang Kad UNHCR” ertinya PATI yang diberikan kad pengenalan oleh UNHCR selepas menjalani proses pendaftaran dan temuduga serta disahkan statusnya oleh pertubuhan antarabangsa tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.