Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

117) ISU YANG BELUM DISELESAIKAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kes-kes yang masih tertunggak yang belum diselesaikan oleh MTEN setelah kes-kes ini dibawa ke mesyuarat? Sila nyatakan

    EXCO-MTES tidak mempunyai kes-kes tertunggak yang masih belum diselesaikan. Semua kertas yang dikemukakan oleh jabatan/agensi akan dibentangkan serta-merta oleh EXCO-MTES. Arahan tindakan dan pelaksanaan oleh jabatan perlu diambil segera oleh jabatan/agensi. Sekiranya terdapat permasalahan, jabatan/agensi akan membentangkan semula isu dan masalah yang dihadapi.

    Di peringkat pelaksanaan, ia akan dipantau melalui jabatan/agensi berkaitan sama ada secara mesyuarat berkala atau lawatan turun padang oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Ketua Jabatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.