Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

26) ISYTIHAR HARTA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila perincikan dengan jelas maklumat berhubung pengisytiharan harta yang dilakukan oleh YAB Menteri Besar?

    Pengisytiharan harta YAB Dato’ Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri sedang dalam proses pengemaskinian selaras dengan kenaikan gaji Ahli MMKN berkuatkuasa Januari 2014.

    Maklumat-maklumat perincian boleh dilayari melalui portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor iaitu http;//www.selangor.gov.my dalam masa terdekat.

Lampiran

Tiada Lampiran.