Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

75) J.P.S

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dalam usaha menangani isu banjir. apakah pelan jangka panjang dan jangka pendek yang diambil oleh J.P.S.

    Di bawah RMK-10, sebanyak RM60.5 Juta diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi perlaksanaan pelan jangka panjang dalam usaha menangani isu banjir ini. Antaranya:

    1. Cadangan kolam takungan di setiap kawasan pembangunan baru dengan menggunakan kaedah Manual Saliran Mesra Alam bagi memastikan kapasiti aliran air yang keluar adalah sama seperti kawasan hijau yang belum dibangunkan.
    2. Memperkenalkan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di 6 buah lembangan sungai di Selangor iaitu:  Lembangan Sungai Buluh  Lembangan Sungai Klang
      • Lembangan Sungai Langat
      • Lembangan Sungai Selangor
      • Lembangan Sungai Bernam
      • Lembangan Sungai Sepang

    Manakala pelan jangka pendek pula adalah meliputi kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala yang dilaksanakan sebanyak dua kali setahun merangkumi kerjakerja pembersihan dan desilting. Biasanya kerja-kerja penyelenggaraan ini akan dilaksanakan sebelum tibanya musim hujan.

Lampiran

Tiada Lampiran.