Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

72) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah permohonan bantuan bulanan yang ditolak di seluruh Negeri Selangor dan nyatakan mengapa begitu banyak permohonan tersebut ditolak?

    Daripada 20,359 permohonan yang diterima sebanyak 2350 permohonan bantuan telah ditolak bagi tempoh dari bulan Januari hingga Disember 2008 untuk Negeri Selangor. Dan sebab-sebab yang menyebabkan permohonan tersebut ditolak adalah seperti berikut :

    • Kes yang dirujuk tidak lengkap; terutama nama dan alamat kes yang dirujuk tidak dapat dikesan atau pemohon langsung tidak dikenali oleh penduduk kawasan sekitar.
    • Permohonan bantuan ditolak sekiranya didapati pemohon tidak memenuhi syarat asas kelayakan, iaitu ; Warganegara Malaysia Pendapatan isi rumah tidak melebihi dari Paras Garis Kemiskinan(PGK) dan mereka yang tidak berkemampuan

Lampiran

Tiada Lampiran.