Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

23) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan keberkesanan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan negeri ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri di dalam memastikan kebajikan rakyat yang memerlukan adalah terjaga dan terpelihara.

    JKM Selangor melalui peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan Negeri telah berjaya membantu individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan dalam meringankan kesulitan kewangan mereka buat sementara waktu sehingga mereka dapat berdikari. Peruntukan yang disalurkan juga dapat memenuhi kehendak keperluan asas mereka bagi memastikan mereka tidak terpinggir dari masyarakat. Ianya berkesan bagi membantu rakyat untuk terus hidup di dalam komuniti dan seterusnya menikmati kehidupan yang lebih bermakna dan sejahtera.

    JKM Selangor juga melalui peruntukan kerajaan Negeri telah membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana di Selangor seperti kebakaran, ribut dan juga banjir. Mangsa-mangsa ini dibantu melalui pusat-pusat pemindahan yang dibuka dan diselenggara oleh JKM. Ini adalah bagi memastikan yang rakyat negeri Selangor yang menerima musibah tidak dilupakan oleh Kerajaan. Bantuan yang dihulurkan juga berkesan bagi memastikan agar mereka tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan kehidupan.

Lampiran

Tiada Lampiran.