Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

88) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor yang mana asalnya Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Ampang beroperasi di Pejabat Penghulu Mukim Ampang 1 kini ada ura-ura berpindah ke Pejabat Umno Bahagian Ampang.

    Untuk makluman, Balai Penghulu Mukim Ampang 1 bukanlah sebuah cawangan rasmi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Hulu Langat. Balai Penghulu tersebut hanya berfungsi sebagai pusat bayaran bantuan bulanan kepada penerima bantuan kewangan JKM bagi kawasan Ampang dan Pandan. PKMD Hulu Langat menggunakan Balai Penghulu tersebut sebagai pusat bayaran memandangkan penerima bantuan kewangan JKM di kawasan Ampang adalah merupakan penerima bantuan yang terbanyak berbanding kawasan yang lain.

    Berdasarkan maklumat dan rekod surat di PKMD Hulu Langat, tiada permintaan rasmi daripada pejabat ini mahupun daripada Bahagian UMNO Ampang untuk memindahkan pusat bayaran sedia ada iaitu di Balai Penghulu Mukim  Ampang 1 ke Pejabat UMNO Bahagian Ampang. Oleh yang demikian, ura-ura pusat bayaran akan berpindah hanyalah khabar angin dan tidak benar sama sekali.

Lampiran

Tiada Lampiran.