Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

55) JADUAL PENGANGKUTAN SAMPAH OLEH KDEB

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jadual pengangkutan sampah setiap minggu oleh KDEB di bawah DUN Bandar Utama berdasarkan kawasan kontraktor.

    Untuk makluman YB Bandar Utama, KDEBWM melaksanakan perkhidmatan kutipan sisa pepejal domestik di seluruh DUN Bandar Utama kecuali kawasan Bandar Utama di mana kerja-kerja kutipan sampah domestik, pukal dan landskap masih di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Kekerapan kutipan sampah di semua PBT yang dikendalikan oleh KDEBWM adalah seragam termasuk di DUN Bandar Utama. Bagi kawasan perumahan atas tanah (landed property), kekerapan kutipan adalah tiga (3) kali seminggu sama ada hari Isnin, Rabu, Jumaat atau Selasa, Khamis, Sabtu. Bagi kawasan rumah bertingkat (strata) dan komersial, kekerapan kutipan adalah tujuh (7) kali seminggu (setiap hari). Jadual kutipan sampah akan dihantar oleh KDEBWM secara berkala ke MBPJ untuk semakan dan bagi tujuan pemantauan. Jadual kutipan juga diedarkan kepada penduduk melalui saluran Whatsapp Persatuan Penduduk. KDEBWM juga di dalam proses untuk menaikkan papan tanda jadual kutipan sampah di lokasi-lokasi strategik yang telah dikenal pasti bagi memudahkan penduduk untuk mendapatkan informasi mengenai jadual kutipan sampah di kawasan perumahan mereka. Sekiranya YB Bandar Utama ingin mendapatkan jadual terperinci berkenaan jadual kutipan sampah dan juga pembersihan awam di DUN Bandar Utama, YB bolehlah berhubung terus dengan pihak KDEBWM cawangan Petaling Jaya atau dengan pihak

Lampiran

Tiada Lampiran.