Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

80) JAGAAN KESIHATAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri sedang lakukan untuk menambahkan hospital-hospital dan klinik-klinik daerah tempatan?

    Pihak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan sentiasa memantau
    keperluan perkhidmatan kesihatan di Negeri Selangor terutamanya di daerah-daerah
    untuk memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik. Pelbagai
    projek dirancangkan untuk perkhidmatan hospital dan ditambah baik dari semasa ke
    semasa di dalam Rancangan 5 Tahun Kerajaan Melalui Rancangan Malaysia Ke 9.
    Antara yang telah dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan di Negeri Selangor melalui
    Kementerian Kesihatan ialah projek pembinaan yang sedang dijalankan ialah
    Pembinaan Hospital Shah Alam, Unit Forensik di Hospital Kuala Kubu Baru, Klinik
    Kesihatan di daerah seperti di Berjuntai Bestari (Kuala Selangor), Seksyen 19 Shah
    Alam (Petaling),Simpang 5 (Sabak Bernam), Sungai Ramal Luar (Hulu Langat) dan
    Bandar Botanik (Klang).

Lampiran

Tiada Lampiran.