Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

224) JALAN ALTERNATIF DARI KAMPUNG SRI INDAH A KE SIMPANG HOSPITAL SUNGAI BULOH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini kelulusan untuk mendapatkan Jalan Alternatif tersebut?

    Projek ini telah dipohon untuk dilaksanakan dalam RMKe-11. Kerajaan Negeri telah meluluskan pelaksanaan kerja ukur tanah bagi menentukan jajaran jalan alternatif untuk menyelesaikan isu tanah yang terlibat dengan jajaran alternatif tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.