Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

283) JALAN ALTERNATIF HULU CHUCHOH – KLIA2

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek jalan pintas KLIA2 ke Sungai Pelek yang mana laluan cadangan melalui tanah MAB ?

    Untuk makluman Yang Berhormat Sg. Pelek, Pejabat Daerah/Tanah Sepang telah menyediakan butiran kerja (BQ) untuk pengiraan kos keseluruhan untuk  pembinaan laluan sepanjang kira-kira 1.5km dengan kelebaran 4.2 meter yang dianggarkan berjumlah RM 700,000.00.

    Sebelum ini, pihak Malaysia Airport (Sepang) Sdn. Bhd.  telah memaklumkan bahawa pihaknya tidak bercadang untuk membuat serahan terhadap sebahagian tanah untuk tujuan pembinaan jalan bypass tersebut kerana terlibat dengan pembinaan landasan ke-empat namun tiada halangan dengan cadangan pembinaan jalan tertakluk kos pembiayaan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri.

    Keadaan tersebut menyukarkan Kerajaan Negeri dari segi prosedur kewangan memandangkan Kerajaan Negeri bukan pemilik yang sah bagi keseluruhan tapak yang dicadangkan tersebut. Sehubungan itu, Pejabat Daerah/Tanah Sepang telah mengemukakan surat mencadangkan kepada pihak Malaysia Airport (Sepang) Sdn. Bhd. pada 29 Mei 2019 agar pembinaan jalan pintasan bagi menghubungkan Kuala Lumpur International Airport (KLIA)  dan  Kampung Hulu Chuchoh ini dibiayai oleh pihak MAB (Sepang) melalui inisiatif Corporate Social Responsibility (CSR). Pada masa ini. Pejabat Daerah/Tanah Sepang masih menunggu maklumbalas rasmi daripada pihak Malaysia Airport (Sepang) berhubung perkara ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.