Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

92) JALAN BANTING, PANDAMARAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kos naiktaraf Jalan Banting, Pandamaran

    Jalan Banting Pandamaran merupakan Jalan Persekutuan FT3218. Buat masa ini, tiada keperluan mendesak untuk menaiktaraf jalan ini. Walau bagaimanapun, pihak JKR Selangor akan membuat bancian trafik dan kajian awalan terhadap keperluan menaiktaraf jalan ini dan sekiranya ada keperluan untuk jalan ini dinaiktaraf, satu kertas cadangan permohonan projek akan disediakan oleh pihak JKR Selangor untuk dimohon dalam Rancangan Malaysia seterusnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.