Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

225) JALAN BARAT, PETALING JAYA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status cadangan penukaran nama Jalan Barat di Petaling Jaya kepada Jalan V. David?

    Mesyuarat khas,   Majlis   Bandaraya Petaling  Jaya      pada 10.3.2010 telah memutuskan perkara berikut :

    1. Cadangan pertukaran nama ”Jalan Barat” kepada ”Jalan Dr. V David” tidak sesuai kerana jalan-jalan utama di Pusat Bandar Seksyen 52 dinamakan mengikut sistem petunjuk arah dan jalan-jalan berkenaan telah dinamakan sebagai ”Jalan Utara”, ”Jalan Barat” dan ”Jalan Timur”. Pembatalan ”Jalan Barat” akan menyebabkan penggunaan sistem petunjuk arah akan terjejas dan mengelirukan pengguna jalan di Petaling
    2. Sebagai alternatif Majlis mencadangkan ”Jalan Persiaran Barat” iaitu jalan pengumpul yang bersambung ke Jalan Barat untuk ditukar kepada nama ”Jalan Dr. V. David”.

Lampiran

Tiada Lampiran.