JALAN BATU BATA SUNGAI PELONG

36) JALAN BATU BATA SUNGAI PELONG

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dewan pernah diberitahu bahawa jalan tersebut akan diselenggara pada tahun 2016. Mengapakah sehingga Oktober 2016 jalan masih belum berturap dan saliran air masih tidak dibuat ?

    Pejabat Daerah/Tanah Petaling telah mengemukakan permohonan kepada UPEN bagi menaiktaraf jalan tersebut dengan menurap premix. Walau bagaimanapun kelulusan yang diterima daripada UPEN pada 21 Februari 2016 adalah kerja-kerja bagi tujuan penyelenggaraan dengan menggunakan crusher run Kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan pada 18 Mei 2016 hingga 31 Mei 2016 dengan kos RM70,119.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.