Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

85) JALAN BERLUBANG DI JALAN KEM

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Jalan selalu berlubang akibat paip pvc air di atas jambatan tidak menyambung dengan sempurna. Adakah JKR telah memohon peruntukan untuk menukar kesemua paip pvc air untuk mengelakkan air terus jatuh ke permukaan jalanraya?

    JKR sedia maklum dengan kerosakan “rain water downpipe” tersebut. Pembaikan “rainwater downpipe” telah dilaksanakan pada tahun 2017 namun peruntukan yang diluluskan tidak dapat melaksana pembaikan bagi keseluruhan “rainwater downpipe” di Jalan Pelabuhan Utara – Pelabuhan Barat, FT180. JKR Klang dalam proses penyediaan kos anggaran pembaikan bagi keseluruhan “rainwater downpipe” di laluan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.