Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

35) JALAN DARI PANTAI MORIB KE PANTAI KELANANG (LALUAN ALTERNATIF)

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah perancangan dari pihak Kerajaan Negeri untuk menambahbaik jalan dari pantai Morib ke pantai Kelanang (laluan alternatif).kemudahan lampu jalan masih tidak mencukupi?

    Terdapat dua jalan alternatif dari Pantai Morib ke Pantai Kelanang iaitu Jalan Sg. Hantu/Tongkah dan Jalan Morib/Tongkah berdasarkan kepada rekod MARRIS. Pihak JKR Selangor tiada sebarang perancangan bagi menaiktaraf laluan tersebut. Walau bagaimanapun, pejabat ini akan mengkaji keperluan tahun 2020 bagi aspek keselamatan dan lampu jalan.

Lampiran

Tiada Lampiran.