Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

56) JALAN-JALAN DI BAWAH PENGENDALIAN PEMAJU

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sekiranya sesetengah jalan yang digunakan oleh orang awam masih di bawah pengendalian pemaju namun dalam keadaan yang tidak memuaskan, apakah kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri bagi memastikan pemaju menyelenggarakan jalan itu kepada keadaan yang lebih baik?

    Berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 15, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, pihak pemaju boleh diarahkan untuk membaiki sesuatu jalan persendirian dan tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan ke atas pemaju sekiranya gagal menyelenggara jalan tersebut. Oleh yang demikian, sekiranya jalan tersebut berada di bawah pengendalian pemaju kerana belum diserahkan dan masih berada di dalam tempoh tanggungan kecacatan iaitu setahun selepas CCC dikeluarkan maka, pemaju masih bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan. Sehubungan itu, PBT boleh mengarahkan pemaju untuk menyelenggarakan jalan itu kepada keadaan yang lebih baik. Dan sekiranya pemaju ingkar pihak Majlis akan menggunakan wang cagaran pemaju tersebut untuk membaik pulih kerosakan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.