Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

171) JALAN-JALAN UTAMA DI KEBUN PENEROKA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membina dan memperbaiki jalan-jalan ini untuk memudahkan pengurusan kebun-kebun peneroka?

    Kerajaan negeri melalui JPS Negeri  Selangor  menggunakan  peruntukan  MARRIS bagi memperbaiki jalan-jalan utama di kebun peneroka untuk memudahkan pengurusan kebun-kebun tersebut. Sehingga kini, sebanyak 1589km jalan pertanian yang telah didaftarkan di bawah sistem MARRIS. Untuk makluman, skop kerja bagi peruntukan MARRIS adalah bagi membaiki jalan ladang

    Bagi tahun 2017, JPS Negeri Selangor telah menerima peruntukan sebanyak RM 2juta. Pecahan peruntukan mengikut daerah adalah seperti di Lampiran 2.

    MAKLUMAT TAMBAHAN: 

    YB EXCO Infrastruktur Dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Jalan Pertanian dan dianggotai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Pertanian dan Jabatan Veterinar. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi menyelaraskan senarai jalan serta pengumpulan data jalan pertanian. Perbincangan bersama jabatan terlibat telah dibuat pada 6 Mac 2017 bagi membuat pemutihan kepada senarai jalan MARRIS sediaada dan juga membincangkan pendaftaran jalan baru terutama jalan pertanian dibawah Jabatan Pertanian dan Jabatan Veterinar. Untuk makluman, Agensi yang bertanggungjawab dalam mendaftar dan melaksanakan jalan pertanian dibawah peruntukan MARRIS adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.