Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

64) JALAN KAMPUNG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah Jumlah Peruntukan yang telah disalurkan untuk membaiki jalan-jalan kampung mengikut tahun dari tahun 2008 sehingga 2011 dan senaraikan mengikut kampung-kampung dalam daerah Negeri Selangor?

    Menurut rekod yang diperolehi daripada Pejabat Daerah / Tanah Negeri Selangor jumlah peruntukan yang disalurkan untuk membaiki jalan-jalan kampung mengikut tahun dari 2008 sehingga 2011 adalah seperti berikut:-

    BIL      
      TAHUN
    PERUNTUKKAN
         
    1. 2008 1,572,980.00
    2. 2009 1,668,162.50
    3. 2010 5,140,656.20
    4. 2011 4,853,026.82

    JUMLAH

    Manakala senarai jalan-jalan yang telah dibaiki mengikut kampung-kampung dalam Negeri Selangor adalah seperti LAMPIRAN.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.