Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

186) JALAN KELUAR-MASUK KE GERMAN-MALAYSIA INSTITUTE (GMI)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jalan keluar-masuk ke GMI, Bangunan Latihan KWSP dan Taman Universiti dari jalan Kajang-Bangi melalui Sungai Tangkas sempit dan tidak bersesuaian. Adakah sebarang perancangan bagi menggantikan jalan tersebut?

    Pihak Majlis mempunyai perancangan bagi menaik taraf jalan tersebut kepada jalan 100 kaki bermula dari persimpangan Jalan Reko sehingga pembangunan I&P Menara Sdn. Bhd. dengan menggunakan sumbangan pemaju.

    JAWAPAN DARIPADA JKR

     

    Laluan Negeri B17, Jalan menghubungkan Kajang dan Bangi merupakan jalan di bawah bidang kuasa JKR Selangor dan had penyelenggaraan JKR tamat di persimpangan Stesen Komuter UKM dan jalan masuk ke Kg Sungai Tangkas. Jalan keluar – masuk ke GMI, Bangunan Latihan KWSP dan Taman Universiti merupakan jalan di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Kajang. Setakat ini JKR belum mempunyai sebarang perancangan untuk menggantikan jalan tersebut kerana ianya masih lagi menampung aliran trafik sedia ada.

     

Lampiran

186-Pelan.jpg