Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

12) JALAN LADANG

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kaedah yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri untuk memudahkan penukaran status jalan ladang kepada jalan berturap?

    Bagi jalan ladang yang dibina oleh Jabatan Pertanian atau IADA Barat Laut Selangor, skop projek yang ditetapkan hanya menggunakan crusher run atau tanah laterit dengan kelebaran jalan maksimum 4.5 meter. Jabatan Pertanian tidak diberikan peruntukan bagi menaiktaraf atau menyelenggara jalan berturap. Jalan tersebut perlu terlebih dahulu ditukar kepada jalan luar bandar supaya Pejabat Daerah boleh menyediakan peruntukan untuk menurap jalan.

Lampiran

Tiada Lampiran.