Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

100) JALAN, LAMPU JALAN, LAMPU ISYARAT DI BAWAH JKR SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Keadaan jalanraya di kawasan Klang tidak begitu memuaskan, begitu juga banyak lampu jalan dan lampu isyarat bawah JKR Selangor tidak berfungsi, ini telah membahayakan kepada pengguna jalanraya. Berapakah peruntukan yang akan pohon dari Kerajaan Persekutuan untuk menaiktaraf/ menyelenggara untuk tahun 2019?

    Bagi daerah Klang, JKR Selangor telah memohon sejumlah peruntukan daripada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ), Ibu Pejabat JKR Malaysia untuk tahun 2019 bagi membaiki kerosakan jalan, perabot jalan dan penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat seperti berikut:

    Bil Perkara     Peruntukan (RM)
    1 Kerja Pavemen     58, 240, 000.00
    2 Kerja Bukan Pavemen     7, 555, 000.00
    3 Penyelenggaraan Lampu Lampu Isyarat Jalan dan 15, 000, 000.00
      JUMLAH     80, 795, 000.00

    Peruntukan yang diluluskan bagi daerah Klang untuk tahun semasa adalah seperti berikut:

    Bil Perkara     Peruntukan (RM)
    1 Kerja Pavemen     3, 300, 000.00
    2 Kerja Bukan Pavemen     382, 451.04
    3 Penyelenggaraan     Lampu

    Lampu Isyarat

    Jalan dan 150,000.00
      JUMLAH     3,832,451.04

     

Lampiran

Tiada Lampiran.