Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

113) Jalan Lebuhraya FT 54

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah2 segera yang akan di ambil untuk mengelakkan kemalangan di Jalan Lebuhraya FT 54 yang berpunca daripada ciri2 keselamatan yang lemah?

    Hasil semakan data kemalangan di FT54, ianya masih terkawal. Antara langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut:

    i) Rutin penampalan pothole yang sentiasa dijalankan serta rondaan oleh pihak JKR Daerah serta konsesi dalam memastikan aspek keselamatan pengguna jalan seperti lampu jalan, lampu isyarat, permukaan jalan dan lain-lain berfungsi dengan baik. Bagi langkah jangka panjang, pembaikan permukaan jalan yang rosak akan dibaiki melalui permohonan peruntukan setiap tahun.

    ii) Kerja-kerja menaiktaraf jalan daripada 1 lorong 2 hala kepada 2 lorong 2 hala dengan pembahagi jalan dari persimpangan Assam Jawa ke persimpangan Bandar Seri Coalfields dapat meningkatkan aspek keselamatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.