Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

57) JALAN LINGKARAN TENGAH II ATAU MRR2

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Jalan Lingkaran Tengah II atau MRR2 merupakan salah satu infrastruktur terpenting yang merancakkan pertumbuhan ekonomi, perniagaan serta menjadi penghubung bagi warga Selangor dan Wilayah Persekutuan. Banyak kepentingan ekonomi kerajaan Pusat juga disokong dan berteraskan kepada MRR2. Sila kemukakan semua agensi dan perbadanan kerajaan Pusat, kerajaan Selangor dan pihak Bandaraya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terlibat dalam mengurus, menyelia dan menyelenggara MRR2

    Jalan Lingkaran Tengah 11 atau MRR2 adalah merupakan laluan utama yang
    menghubungkan Selangor dan Wilayah Persekutuan. Panjang jalan tersebut adalah
    39.9 Kilometer iaitu 20.54 Kilometer di Negeri Selangor dan 16.26 Kilometer di Wilayah
    Persekutuan. Agensi yang terlibat di dalam mengurus, menyelia dan menyenggara
    MRR2 di Negeri Selangor adalah Jabatan Kerja Raya Selangor (JKR Daerah Petaling,
    Gombak dan Hulu Langat) dan di Wilayah Persekutuan di laksanakan oleh Dewan
    Bandaraya Kuala Lumpur. Bersama-sama ini disertakan had persempadan
    penyelenggaraan seperti Lampiran A.

    LAMPIRAN A
    Had persempadanan Penyelenggaraan Jalan Lingkaran Tengah 11 (MRR2)
    Bil Seksyen Mula Seksyen Tamat Pihak Berkuasa
    Terlibat
    1 0.00 0.60 JKR Daerah Petaling
    2 0.60 1.70 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
    (DBKL)
    3 1.70 4.50 JKR Daerah Gombak
    (Atas)
    4 DBKL (Bawah – Pier 33 hingga
    Pier 19)
    5 4.50 8.90 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
    (DBKL)
    6 8.90 15.70 JKR Daerah Gombak
    7 15.70 19.20 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
    (DBKL
    8 19.20 25.90 JKR Daerah Gombak
    9 25.90 27.70 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
    (DBKL
    10 27.70 32.30 JKR Daerah Hulu Langat
    11 32.30 39.90 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
    (DBKL)

Lampiran

Tiada Lampiran.