Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

126) JALAN LUAR BANDAR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dalam Bajet 2011, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM 4 juta untuk pembaikan jalan-jalan kampung dan terbaru dana RM 1 juta untuk setiap kawasan DUN. Apakah mekanisme yang digunakan bagi memastikan pengagihan peruntukan adalah saksama?

    1. Di bawah Bajet 2011, peruntukan Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor disalurkan melalui Pejabat Daerah adalah bagi pembaikan jalan-jalan kampung yang memerlukan penyelenggaraan di sembilan (9) buah daerah di seluruh negeri Selangor. Dalam hal ini, Pejabat Daerah akan mengenal pasti jalan-jalan yang perlu di selenggara berdasarkan lawatan tapak serta aduan daripada penduduk kampung melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilantik. Permohonan tersebut akan dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi  Selangor  (UPEN)  untuk kelulusan pelaksanaan berdasarkan keutamaan, keperluan dan tahap kritikal.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.