Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

172) JALAN LUAR BANDAR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri mengikut pecahan setiap daerah untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar dalam tempoh 2009-2012?

    Bagi tahun 2009 hingga 2012, Kerajaan Negeri telah menyediakan sejumlah RM71,414,950.98 bagi melaksanakan 2,643 projek infrastruktur kecil di luar bandar .

    Daripada jumlah ini, sejumlah 1,140 buah projek telah dilaksanakan bagi tujuan membina dan menaiktaraf jalan luar bandar dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 28,808,087.93. Perincian pelaksanaan bilangan projek membina dan menaiktaraf jalan luar bandar mengikut tahun dan daerah adalah seperti JADUAL 1 di bawah:

    JADUAL 1:

    Perincian Peruntukan Membina dan Menaiktaraf Jalan Luarbandar Mengikut Tahun dan Daerah di Negeri Selangor

    Bil Daerah Tahun Jumlah
    2009 2010 2011 2012
    1. Petaling 375,000.00 408,710.00 709,000.00 2,293,550.00 3,786,260.00
    2. Klang 338,000.00 743,644.50 627,849.00 3,991,691.60 5,701,185.10
    3. Gombak 130,000.00 801,000.00 310,000.00 886,337.96 2,127,337.96
    4. Hulu Langat 230,353.50 343,056.00 288,989.27 2,256,400.00 3,118,798.77
    5. Sepang 160,000.00 411,500.00 427,300.00 1,173,200.00 2,172,000.00
    6. Kuala Langat 100,000.00 510,000.00 395,000.00 715,900.00 1,720,900.00
    7. Kuala

    Selangor

    210,000.00 451,189.70 706,353.55 2,240,585.00 3,608,128.25
    8. Hulu

    Selangor

    40,000.00 500,000.00 424,000.00 821,759.35 1,785,759.35
    9. Sabak Bernam 258,680.00 971,556.00 964,535.00 2,592,947.50 4,787,718.50
    Jumlah 1,842,033.50 5,140,656.20 4,853,026.82 16,972,371.41 28,808,087.93

Lampiran

Tiada Lampiran.