Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

124) JALAN MARRIS DI BAWAH MBSA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa kilometer jalan didaftarkan di bawah MARRIS di MBSA? Sila senaraikan mengikut tahun dari tahun 2008 hingga tahun 2016

    Jumlah kilometer jalan MBSA yang telah didaftarkan di bawah MARRIS ialah seperti berikut :

    Bil Tahun Panjang Jalan (KM) Catatan
    1 2011 1,060.79  
    2 2012 1,819.03  
    3 2013 2,670.00  
    4 2014 3,126.09  
    5 2015 944.994 Audit pemutihan data oleh pihak JKR dan pertindihan jalan MP Klang disebabkan pemilik dua daerah JKR iaitu Petaling dan Klang
    6 2016 1,790.059  
    7 2017 1980.26  

    Sebelum tahun 2011 pihak Majlis tidak memiliki rekod panjang jalan disebabkan pendaftaran jalan hanya menggunakan borang dan dihantar kepada pihak JKR Daerah untuk direkodkan. Bermula tahun 2011 pihak Majlis merekodkan data panjang jalan melalui sistem MARRIS Online. Penerimaan peruntukkan MARRIS sebelum ini tidak merujuk kepada data panjang jalan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.